Soft Blanket
luka yang tak akan hilang
2 Candy
11 February 2011 | 01:35

Assalamualaikum ;

sedang asyik bertafakur depan notebook ni dek kerana gagal menjawab test Maths II malam tadi, tertarik dengan statement yang dibuat kawan aku ni. 
Status Facebook by Aina Khani


Statement ni sangat - sangat la aku saatuju. kalau tak nampak, tekan la pada gambar tu. 

"Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah." haa. maksudnya, sekali pun seseorang tu minta maaf, dengan kekesatan dan ketajaman kata-kata dia tu , dapat meninggalkan kesan/impak yang sangat dalam pada kita. Tapi bukan bererti kita dendam tika teringat kembali luka/perkara tersebut. Contoh kata-kata yang akan buat orang makan hati dan terasa hati ; 
"ni pun kau tak pandai buat?"; "biase la, aku kan hebat dari kau."; "kau ni tak cantik la."
ni lagi teruk; "kau ni tak gune lah!". Jadi, kawal lah kata-kata dan berfikir lah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Tepat pula pada saat aku mengalaminya. tapi pasti almost of you kena juga kan? am i right? anyway, just be patient. dan jangan sesekali berdendam kalau kena. take it as challenge and thanks to them who hurt you and makes you stronger enough till now (:






p/s: Patient alot needed right now x|


Labels:


PAST | PRESENT

Instagram