Soft Blanket
HIV Test di Klinik Kesihatan Sibu Jaya, Sarawak
0 Candy
3 February 2017 | 18:38

Hai.

Post kali ni untuk those yang stay kat area Sibu airport (airport baru, the old one kat area UCTS) or Sibu Jaya yang nak buat HIV screening untuk pre-martial or kahwin.

Disebabkan aku curious on how the procedure is, Googled it and found out nearest gov. clinic hanya Poliklinik Jalan Oya (which is kat area lepas traffic light SMK Sacred Heart), and jauh pulak (macam malas kan). Why not aku usaha sikit untuk cuba tanya Klinik Kesihatan Sibu Jaya yang lagi dekat dari rumah aku. Sept 2016 lepas aku ambil darah kat situ juga untuk rawatan sakit gatal2 dan lebam aku. So tak kan tak ada HIV screening kan.

So.

1. Pejabat kesihatan Sibu +6084-315494

2. Klinik kesihatan Sibu Jaya +6084-235214

So call je nombor diatas ni. Staff dia quite unfriendly la tapi. Sebab aku tanya sepatah, jawab dengan nada macam malas. Boleh beza kan la dengan phone call sebelum tu dari staff KKM Putrajaya, staff dari Pejabat Kesihatan Sibu and Klinik Kesihatan Sibu. Paham paham je la eh.

So back to HIV test tadi, result dia boleh ambil 2 minggu selepas tarikh ambil darah tu. Tu pun kalau kau ambil darah Jumaat, so result tu akan dihantar ke Hospital Sibu rabu minggu depan nya. Dan result tu akan dapat balik ke Klinik Kesihatan pada rabu minggu lagi satu. Which means setiap rabu je lah ada sesi hantar ambil darah dari Klinik Kesihatan Sibu Jaya ke Hospital Sibu. So dinasihatkan ambil test HIV tu hari isnin atau selasa. So that result kau dapat rabu minggu depan je, seminggu je kau kena tunggu. Aku kena dua minggu sebab aku tak tahu pula sistem dia macam tu. 1st timer kan.

1stly ambil nombor kat kaunter out-patient (kalau belum register sbb tak pernah datang before ni, register dulu). So tunggu bayar RM1, pegi hantar kad out-patient kat kaunter 21 (bakul merah atas meja) which is area out-patient. So nurse akan check BP and pulse rate dulu then dorang akan hantar kad kat respective doc. So doc akan suruh ambil darah kat Bilik 32. And kita sendiri hantar sample darah kat Bilik 31. Then terus balik! Jangan lupa bawak kad tu. Kat semenanjung, Klinik/ Hospital simpan kad (bukan kad appointment kecik tu, kad besar save details previous appointment) kita kan. Kat sini, kita sendiri simpan kad kita.

Okay tu sahaja.

Regards,

WNAA

Labels: , , ,


PAST | PRESENT

Instagram