Soft Blanket
Soalan untuk Hawa macam kita
1 Candy
23 October 2011 | 22:18


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.


Satu Soalan Buat Hawa Macam Kita.


Satu soalan buat hawa macam kita, memang itu ke yang kita nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
Satu soalan buat hawa macam kita, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia? aku pun tak nak tengok weh..
Satu soalan buat hawa macam kita, apa tujuan kita berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? kebulur pujian? lepas tu apa? riak? takbur? bangga? 
Satu soalan buat hawa macam kita, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup kita akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~
Satu soalan buat hawa macam kita, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan kita? akan menjadikan kita hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?
Satu soalan buat hawa macam kita, kita berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kita sedar bahawa diri kita takkan pernah puas?

ok ada jawapan dari kaum Adam. tapi aku tak pandang sangat pun. sebab aku rasa semua ni datang dari diri kita sendiri. bukan sebab pandangan orang lain. Pandangan Allah lagi penting.

ok fine la aku pun tak alim sangat sampai pakai stokin kan. tapi bila orang lain jumpa kita untuk pertama kali, apa yang dia tengok dulu? kaki ke? 
haa! betul. jawapan kepala. 
Ok rambut di atas kepala ye. bukan kaki. 
Kalau benda paling penting kita tak tutup, di situ kita dah buat first impression orang terhadap kita, yang bahawasanya kita ni tak baik, confirm masuk neraka. 
wah. neraka aku cakap.. 
betul wey..
Memang wanita tak pakai tudung masuk neraka. 
Maksud aku, senang masuk neraka. yela kan. solat orang pakai tudung pun belum tentu diterima. tapi probability solatnya diterima lebih tinggi berbanding orang tidak pakai tudung ni. I mean, lebih menutup aurat.  Percayalah.
Cuba fikir balik.
Kita tak pakai tudung walhal kita Islam. Then, kita dah open aib kita sendiri. Orang bukan Islam pun tahu orang Islam tu KENA pakai tudung. Ingat tak, keaiban yang kita buka sendiri, tak salah langsung kalau orang cuba buka lagi.
Bila orang nasihat, cakap itu cakap ini, jangan pula la nak menengking. chill la babe.
Point nya disini, Pakai tudung tu wajib. pakai stokin memang wajib jugak. tapi keaiban pertama menjadi tayangan umum ialah Rambut.
alamak. jangan la macam ni pula.
bertudung biar la saiz M atau L.
kalau S ? tidak boleh ye. tak sesuai ~~ 

Ok hal "Orang bukan Islam pun tahu orang Islam tu KENA pakai tudung" pula,
memang tak semua bukan Islam tahu hukum-hakam Islam,
sebab apa? sebab orang-orang macam kita ni la yang buat orang bukan Islam sendiri confused pasal hukum-hakam Islam sendiri. yela kan, kita yang orang Islam ni pun sendiri confused  kan, apatah lagi yang non-muslim. ok try tengok ke-confused-san orang bukan Islam ni. I'm astonished that they don't know.
ini semua gara-gara siapa? Semua sebab manusia-manusia macam kita. Disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga jadi biru. Mereka jadi tak faham dengan hukum Islam dan takut dengan Islam sendiri.
sedih la wei.
contoh terdekat

Rasul Allah siang malam berdakwah sana dan sini, sebarkan ajaran Islam. yang kita sedap je buat orang salah faham dan burukkan Islam. ni tak cakap lagi pasal aktivis mengumpat dikalangan orang Melayu dan Islam.
Kenapa aku cakap Melayu dan Islam?
sebab, aku jarang tengok non-malay mengumpat iye-iye excited terlebih bila cerita. ok fine kalau ada non-malay kuat mengumpat, kita nak ikut agama ajaran mereka ke apa? Hukum mengumpat dalam Islam pun kita tahu kan? Haram berdosa lagi. ok tak nak cerita pasal ni lagi. kalau sambung sampai esok tak habis.
Cerita aurat tadi pun aku tak nak sambung. Itu lagi la panjang, menjela-jela. Sampai minggu depan pun tak habis.

p/s: aku pun sedih jugak ada teman-teman yang "let the hair waving..weee~". tapi bila aku cakap, ada yang moving ke? ok i'm not the right person to give a talk to them with good advices. But at least, i'm trying. Sorry. ><" .btw, jangan lupa tengok Jawapan dari Adam sebagai balasan Soalan untuk Hawa tu. Soalan untuk Hawa dan Jawapan dari Adam.

Labels: , , ,


PAST | PRESENT

Instagram