Soft Blanket
Erti Pelajaran dalam Hidup aku
0 Candy
24 September 2010 | 17:46

aku still ingat suatu ketika dulu…
aku seorang yang degil, keras kepala and suke blaja apa yang aku nak..
bila aku benci cikgu yang mengantuk and spoil kan pelajaran yang aku minat,
aku akan wat bodoh je…

tapi, aku suke sangat berkawan…
kenal ramai orang..
aku suke cakap…
suke gelak2…
suke maen..
suke adventure and aktiviti lasak..

tapi, bila aku belajar, aku akan wat sepenuh hati…
bila aku nak faham sesuatu bende dalam hidup aku,
aku akan usaha sepenuh hati..

dulu aku sangat stress…
makayah cakap 5A UPSR tu penting sangat untuk pergi sekolah apa yang aku nak..
so, aku belajar sampai dapat 5A sebab aku nak pegi sekolah sukan…
malangnya, mak hantar aku sekolah agama…
giler sedih wooo…

pastu, aku sekolah kat SARJANA, aku suke giler belaar I'dadi and Arab…
and aku minat giler berlakon, nyanyi, pidato and debat,,,
tapi, sebab aku suke sangat Arab and agama,
aku just wat betul2 subjek I'dadi n agama sebab aku nak masuk Ma'had Ahmadi…
walaupun aku dah cipta nama kat SARJANA sebagai tokoh pelajar kourikulum,
aku peduli apa…
aku nak belajar agama pandai2,
tulis buku motivasi,
n ceramah kat TV..
giler sengal cita2 aku…




aku paling banyak masuk pertandingan daripada pergi kelas…
kalau bertanding aku akan pastikan aku dapat emas!!!
bila dalam kelas aku paling kuat tido and maen…
so, aku study untuk SPM dan PMR hanya dalam seminggu and 2 minggu je…
banyak masa laen aku masuk pertaningan kat sekolah…
pertandingan paling suke adalah taekwondo!! drama!!! dan debat!!!

pastu, aku berjaya masuk mahad…
tapi, disebabkan time tu aku ada family problem, personal problems and friendship problems,
so, aku pun dengan patah hati rasa give up dengan sekolah agama…
sebab aku rasa aku tak layak kerana dibenci dan perangai aku macam tahi..
so, aku give up and hanya study untuk blaja TESL…
sedeyh wooo…

aku pegi PLKN dgn perasaan dukacita and kecewa dgn diri ak yang macam looser…
so, aku lepaskan geram kat PLKN…
orang alen masuk PLKN jadi kurus giler..
tapi, aku hepi sebab gemok giler time tu…
aku banyak belajar pasal persahabatan waktu tu,..
bestfriend aku anak orang asli… su nama dia..

walaupun aku tak faham apa yang Su cakap,
tapi, aku suke kawan dgn dia..
dia telus and banyak ajar aku hargai alam…
aku kenal hutan daripada su…
sukeee sangat!!!
sebab aku berjaya mengubat luka kecewa dgn diri aku..
aku melalui PLKN dgn jiwa yang kental..
walaupun selalu pengsan, aku akan bangun balik dan terus kawad…

time tu aku belajar,
orang yang sakit harus teruskan hidup bukannya melayan sakit!!!

tak sangka, usaha aku belajar daripada kesalahan lalu diberi penghargaan. .
aku dapat anugerah wirawati terbaik seluruh kem PDS..
terharu giler…

aku berjaya belajar TESL,
walaupun awal masuk English aku macam orang kampung,
tapi, aku suke sebab aku belajar banyak bende…
kenal ramai orang,
join banyak aktiviti2,
menang banyak pertandingan,
belajar love of learning!!!
aku mula dalami ilmu agama lagi dalam..
aku belajar muzik,
aku belajar belakon,
belajar debat,
jumpe raai oarang yang lebih professional. .

walaupun aku tak hebat dan pandai dan baik…
aku sukee sangat aku belajar dengan sepenuh jiwa…
setiap kali exam…
akulah orang yang paling banyak menangis…
sebab aku takut gagal…
tapi, ada ramai kawan2 tolong aku ..terharu beb!!!
bila aku sakit dan rasa tak berdaya,
kawan2 jugak yang angkat aku..
tunggu aku kat pusat kesihatan…
teman aku wat x-ray…
teman aku masuk air…

walaupun satu demi satu nikmat kesihatan aku Allah tarik…
tapi, Allah memberikan peluang pada aku untuk belajar mengenali dan belajar daripada pelbagai jenis manusia..
aku banyak kenal diri aku dan berubah setiap hari…
air mata aku mesti deras bila kenangkan kehidupan yang aku dah lalui…

satu hari nanti aku pasti akan membalas jasa orang yang banyak membantu aku…
moga Allah menilai dan memberikan ganjaran pada mereka yang banyak berbakti pada diriku…
dan memaafkan orang yang melukakan diri aku…
banyak kesalahan aku dah buat,…
dan banyak perkara dan pengajaran hidup aku dah belajar…
aku adalah hamba allah!!!
masih hina dan belajar…

ya Allah, malam ni..
aku sedar…
Kau mengajar aku kehidupan dengan banyak sekali…
aku harus bersyukur dengan hidup ni…
sentiasa berikan aku petunjuk dan hidayah…

bila rasa nak give up kan…
urutlah dada dan katakan pada diri " Allah ada dengan aku!!! setiap dugaan pasti menjadi kebaikan!!!".





PAST | PRESENT

Instagram